top of page
Search

PROSES MENTORING

Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:


a) Memerhati

Semasa proses pementoran dijalankan, mentor perlu memerhati tingkah laku mentee bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku. Sementara menti juga perlu melakukan pemerhatian terhadap mentor dan perlu mengemukakan soalan bagi mendapatkan sumber maklumat sepanjang perhubungan pementoran.


b) Melibatkan Diri

Seterusnya, dalam proses pementoran mentee atau guru baru perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk pemahaman yang lebih mendalam. Mentee dapat mempelajari sesuatu secara lebih praktikal dalam masa yang sama. Perbincangan antara mentor dan mentee perlu kerap dilakukan bagi mencapai tujuan ini.


c) Melakukannya

Mentee telah diberi kepercayaan untuk melakukan program-program yang dirancang sendiri bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari pada peringkat ini. Apabila mentee boleh berdikari bermakna satu perubahan positif telah berlaku kepada mentee semasa melalui proses pementoran.

 
 
 

Комментарии


Post: Blog2_Post

01137119392

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2019 by KPS 3014 | PENGURUSAN PEMBELAJARAN. Proudly created with Wix.com

bottom of page